BANTUAN YANG DIPERLUKAN OLEH KANAK-KANAK..........
MASALAH PEMBELAJARAN..
•Bantuan dari segi kewangan untuk keperluan kanak-kanak tersebut
•Bantuan tenaga pengajar yang lebih mahir tentang masalah yang dihadapi oleh kanak-
kanak ini.
•Alat bantuan mengajar yang lengkap disediakan untuk mengajar kanak-kanak masalah
pembelajaran
•Satu program khas perlu disediakan untuk memenuhi keperluan murid-murid ini
mengambil kira aspek-aspek seperti masa, bahan, budaya, kelas, teknik mengajar,
bantuan kepakaran dan penglibatan masyarakat.
MASALAH PENGLIHATAN..
•Sistem tutorial multimedia atas talian Kod Braille Bahasa Malaysia juga telah
diperkenalkan untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran Kod Braille Bahasa
Malaysia.
• Menyediakan pelbagai pendedahan dan latihan intensif. Diantaranya ialah peningkatan
deria bau diperingkat bayi. Bayi perlu diberikan pendedahan tentang individu-individu
penting seperti ibu, bapa dan adik-beradik. Tindakan ini akan memberikan kesan
psikologi iaitu rasa selamat pada seseorang bayi.
•Menyediakan peralatan yang sesuai mengikut tahap masalah yang dihadapinya. Antaranya
adalah Tongkat putih, mesin braille, buku Braille, alat sentuh seperti peta, gambar rajah
timbul, model tiga dimensi dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment